Projek Penampan Oleh Harisfazillah Bin Jamel


Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Asal Penampan


Dating Zone At Wanita Dot Us

Pada asalnya Projek Penampan ini wujud sebagai satu kajian untuk melihat setakat mana carian yang melibatkan laman-laman berunsur lucah. Kajian Projek Penampan cuba mengenal pasti kata kunci yang digunakan, daripada mana sesuatu carian datang dan kepada laman mana ia ditujukan.

Contoh laman Penampan boleh anda lihat disini. http://www.geocities.com/penampan4

Penampan ini sebenarnya dikembangkan daripada laman-laman yang memang sedia wujud hasil daripada mereka yang juga mempunyai idea sebegini. Haris kembangkan ia untuk kajian Haris, berdasarkan cara-cara dan konsep tertentu.

Antaranya supaya mudah ia ditemui oleh enjin pencari, mempunyai script kenal pasti pengunjung dan pelbagai lagi. Pengunjung laman tidak perlu risau, data-data yang dikutip adalah dalam bentuk am, hanya menunjukkan daripada domain mana pengunjung datang, waktu kedatangan, jenis OS dan pelayar dan jangka masa pengunjung berada di dalam sesuatu laman.

Walaupun data-data yang dikumpulkan tidak berapa tepat, namun ia membolehkan Haris memahami pelbagai perkara, terutama daripada segi enjin pencari menyenaraikan laman dan yang PENTING sekali, begitu ramainya pengunjung Internet Malaysia mencari laman-laman lucah.

Jadikan Ruang Internet Percuma Dengan Melawat Laman Penaja :-

Cari gambar bogel wanita bogel Babyrina ? Cuba carian Google dibawah.
Google

Prinsip-prinsip Penampan

ia kemudian kembangkan Projek Penampan kepada projek mengalihkan pencarian laman-laman lucah kepada laman-laman yang lebih baik dan sihat untuk dikunjungi. Penampan dibangunkan atas beberapa prinsip.
 

(1) Sebagai laman pencadang dan pengalih kepada mereka yang mencari laman-laman lucah agar melawat laman yang lebih baik dan sihat. Sebagai contohnya laman penampan meletakkan sambungan laman kepada muka laman projek-projek yang dijalankan oleh Haris. Antaranya.

Panduan Buat Yang Baru
http://www.geocities.com/lovhafnie

Kempen Peningkatan Sokongan Komputer Dan Internet Malaysia
http://www.geocities.com/kemsoit

Kempen Menjadikan Internet Ini Percuma
http://www.geocities.com/internetpercuma

Bukan Sekadar Internet Sahaja
http://hafnie.cjb.net/

Projek Satulaman - Satu laman dan satu alamat email untuk semua
http://www.geocities.com/satulaman

Di dalam laman-laman projek dan kempen Haris di atas turut disertakan pelbagai lagi laman yang sesuai dilawati. Ada juga laman-laman yang terus diletakkan didalam laman penampan. Antaranya.

Laman Wanita Dot Us - Tempat Anda Berkomuniti
http://www.wanita.us/

Laman Forum Komputer Dan Internet
http://www.ittutor.net/

Laman Bicara Muslim
http://www.bicaramuslim.com/

Portal Skali.com
http://www.skali.com/

Laman Dunia-Digital
http://duniadigital.cjb.net/

dan banyak lagi.

Ingin Haris nyatakan, laman-laman yang dicadangkan tiada kaitan langsung dengan laman-laman penampan. Sambungan yang ada di laman Penampan hanyalah cadangan Haris untuk laman-laman yang sesuai untuk dilawati daripada melawat laman-laman lucah.
 

(2)  Penampan juga menghormati prinsip bahawa semua orang berhak untuk berada di Internet dengan apa jua bahan. Penampan tidak berminat untuk pecah masuk laman-laman lucah dan merosakkannya. Walaupun Haris tidak bersetuju dengan wujudnya laman-laman lucah namun menceroboh sesuatu laman walau apa jua tujuan pun adalah satu kesalahan.

Sebagai mana Haris menghormati wujudnya laman-laman lain, maka Haris berhak meminta mereka yang tidak setuju dengan laman Penampan Haris, menghormati kehadiran laman-laman penampan.
 

(3)  Haris tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada segi wang. Tiada niat untuk berbuat demikian. Hasil trafik daripada penampan, Haris salurkan untuk perkenalkan laman-laman pilihan yang sesuai dan perlu diberikan sokongan.

Atas sebab-sebab untuk melindungi laman-laman yang ingin diperkenalkan, trafik penampan akan disalurkan kepada salah-satu laman Haris dan kemudiannya  ia akan dipindahkan ke laman pilihan melalui bukaan tetingkap baru.

Ia nampak seperti gangguan, namun ia perlu agar laman-laman pilihan tidak dikaitkan dengan Penampan.
 

(4)  Gangguan carian juga adalah satu daripada konsep penampan. Dengan menimbulkan pelbagai tetingkap diharapkan ia akan mematahkan semangat pencari laman-laman lucah daripada mencari laman-laman itu semula.
 

(5)  Mencegah adalah matlamat utama penampan. Pelbagai kes jenayah seks timbul dalam masyarakat Malaysia. Sesuatu perlu dilakukan untuk menyekat mana-mana punca timbulnya nafsu jahat dan keinginan untuk melakukan jenayah sebegini.

Walaupun kajian belum ada, ditakuti bahan-bahan lucah yang wujud di dalam Internet dijadikan bahan rujukan dan ikutan yang tidak baik. Jenayah sebegini tidak berlaku tanpa ransangan.  Kesan negatif yang mendalam, menyebabkan Haris hebatkan penampan.

Haris tidak mahu duduk diam melihat keruntuhan moral dan rendah akhlak berlaku tanpa tindakan serang balas. Penampan adalah salah satu tindakan Haris untuk serang balas kesan-kesan negatif ini.

Haris percaya, jalan sebenar untuk mengatasi masalah sosial masyarakat kita adalah melalui didikan. Maka Penampan adalah usaha kecil untuk mendidik pengguna Internet agar menggunakan masa di Internet dengan kerja-kerja yang lebih berfaedah.

Apa Yang Anda Boleh Sumbangkan ?

Haris percaya cara yang terbaik dalam menghadapi masalah pencarian laman-laman lucah adalah dengan memperbanyakkan lagi bahan-bahan yang berguna di Internet. Anda boleh menyumbang dengan menulis pelbagai perkara yang boleh dikongsikan bersama dan kemudiannya meletakkan penulisan anda di Internet. Tidak kira apa pun jua kerjaya dan perkerjaan, anda boleh menyumbang. Anda boleh catatkan pengalaman dan pengetahuan anda dalam bidang kerja ataupun perjalanan kehidupan seharian anda. Asalkan anda memastikan, fakta-fakta yang benar sahaja dimasukkan.

Jika anda tidak berkesempatan untuk membuat laman, anda boleh mencuba laman yang menyediakan kemudahan mencatat di Internet. Lawat laman ini.

http://www.blogger.com/

Di laman ini anda hanya perlu mencatatkan apa jua perkara dan dengan klik pada butang "Publish", catatan anda sudah berada di Internet. Moga dengan cara ini lebih banyak bahan-bahan berguna berada di dalam Internet Malaysia.

Sila rujukan laman http://pesanan.cjb.net/ untuk cara-cara memasukkan laman anda dalam enjin pencari seperti http://www.dmoz.org/ dan http://www.google.com/ .

Pelepasan (Disclaimer)

Ingin Haris nyatakan Penampan ini wujud adalah usaha peribadi Haris sendiri tanpa kaitan dengan mana-mana pihak kerajaan atau bukan kerajaan, tidak juga berkait dengan mana-mana organisasi, politik atau bukan politik dan tiada kaitan dengan mana-mana syarikat umum ataupun persendirian. Ini hanyalah usaha peribadi Harisfazillah Bin Jamel untuk melihat perkembangan Komputer Internet Malaysia ke arah jalan yang sihat.

Haris juga ingin nyatakan Haris tidak bertanggunjawab langsung atau tidak langsung atas sebarang masalah yang mungkin timbul daripada laman penampan.

Penutup

Sebelum Haris akhiri tulisan Haris ini, ingin Haris utarakan satu cadangan, sebelum sesiapa cuba mencari laman-laman lucah dan tidak sihat, ingat soalan Haris ini.

Setiap kali anda mencari dan berkunjung kepada laman-laman lucah, setiap kali itulah anda menyumbang trafik kepada laman sebegitu. Semakin tinggi trafik semakin popular laman lucah tersebut dan meningkatkan lagi pelawat mereka. Semakin ramai pelawat semakin banyak keuntungan mereka dapati daripada pertukaran banner. Maka bertambah berkembanglah laman-laman lucah begini dan bertambahlah bahan-bahan tidak baik di Internet.

Mahukah anda penyumbang kepada keruntuhan moral dan kejatuhan maruah masyarakt kita ?.

Fikirkanlah kerana anak-anak kita bakal berada dalam situasi kita. Mencegah lebih baik daripada mengubati kerana jika masyarakat sakit maka hancurlah sebuah negara.

Wassalam.

Harisfazillah Bin Jamel.
http://hafnie.tripod.com/

Bukan Sekadar Internet Sahaja.

Dapatkan perkembangan terkini laman ini melalui email terhad.
Subscribe to haris
Powered by groups.yahoo.com



Ruang Internet Jadi Percuma Dengan Melawat Laman Penaja :-


Anda suka laman ini ? Beritahu yang lain !

NameEmail
You:
Friend:

[ Get your own FREE referral system! ]



Buat carian dengan katakunci Bincang Malaysia , forum Malaysia , diskusi Malaysia . Panduan disini.
---

Google

Laman-laman Bawah Projek Satulaman Malaysia by hafnie
[ Join Now | Ring Hub | Random | << Prev | Next >> ]

Laman asal : http://hafnie.tripod.com/penampan

Laman asal 2: Penampan 2
Web Melayuboleh 2
Web Melayuboleh 3
Web babyrina 4  
Sebab-sebab penampan diwujudkan.
Penampan
Wmboleh